the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kabus tebal di utara India batalkan 128 penerbangan, jejas kereta api

Kabus tebal di Delhi dan utara India sebabkan pembatalan 128 penerbangan, kelewatan 200 lagi, dan gangguan perkhidmatan kereta api akibat jarak penglihatan terhad

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 128 penerbangan dibatalkan manakala kira-kira 200 lagi mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, susulan jarak penglihatan terhad akibat kabus tebal pada Isnin.

Syarikat penerbangan sebelum itu mengeluarkan nasihat perjalanan bagi memberi amaran mengenai kelewatan dan gangguan penerbangan berikutan kabus tebal yang menyelubungi sebahagian wilayah utara India.

“Kabus terus menyelubungi Delhi dan beberapa lapangan terbang di utara India. Tahap penglihatan kekal terhad dan akibatnya pergerakan penerbangan pada masa ini lebih perlahan daripada biasa, dengan beberapa kelewatan dialami,” menurut kenyataan syarikat penerbangan IndiGo pada waktu pagi.

Sebanyak 64 penerbangan berlepas dan 64 penerbangan tiba dibatalkan di Delhi manakala beberapa penerbangan ke Delhi dilencongkan ke lapangan terbang lain, lapor media tempatan.

Perkhidmatan kereta api turut terjejas akibat jarak penglihatan yang lemah di wilayah itu, menyebabkan ramai penumpang terkandas di stesen-stesen kereta api.

Kabus asap tebal menyelubungi ibu negara India itu susulan penurunan suhu musim sejuk pada Isnin.

Bandar raya berkenaan menghadapi masalah pencemaran yang berterusan.

Indeks Kualiti Udara (AQI), yang mengukur tahap zarah halus PM2.5, dilaporkan melebihi 400 pada Isnin, iaitu 26 kali lebih buruk berbanding had selamat yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Related

spot_img

Latest

Briton Joshua hurt in fatal car crash in Nigeria, local paper reports

British boxer Anthony Joshua was involved in a car accident in Nigeria, which tragically resulted in two fatalities. Joshua, 36, suffered minor injuries in the crash, which occurred in Ogun State

Most Viewed

spot_img

Popular Categories