the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

46 parit di Sungai Rambai perlu diselenggara dua kali setahun

46 parit di DUN Sungai Rambai dikategorikan sebagai sungai dan memerlukan penyelenggaraan sekurang-kurangnya dua kali setahun, termasuk enam kawasan ‘hotspot’ banjir.

JASIN: Sebanyak 46 parit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai dikategorikan sebagai sungai.

Ia memerlukan penyelenggaraan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai Datuk Siti Faizah Abdul Azis berkata ia termasuk enam kawasan ‘hotspot’ berisiko banjir.

Kawasan itu adalah Kampung Parit Perawas, Parit Penghulu Benteng, Jalan Simen Batu Gajah, Sebatu Laut, Seri Mendapat dan Kampung Seri Benteng Janda Berhias.

“Justeru kita berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan penambahan peruntukan untuk menyelenggara parit di kawasan ini yang besar selain mempunyai aliran yang panjang,” katanya.

Beliau menambah Sungai Rambai merupakan kawasan tadahan dan laluan terakhir air sebelum mengalir ke laut.

Siti Faizah berkata hasil perbincangan dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan telah memperhalusi sistem pengurusan sungai di sempadan Melaka dan Johor.

Ia bagi mengatasi masalah limpahan air yang mengakibatkan banjir.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.

Turut hadir ialah Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings