the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Senarai calon Exco baharu Perlis dipersembahkan minggu depan

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah akan persembahkan senarai calon Exco baharu kepada Raja Perlis minggu depan, terdiri daripada empat ADUN Bersatu sahaja.

PADANG BESAR: Senarai nama calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu Perlis akan dipersembahkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada minggu depan.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata nama calon Exco itu terdiri daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu sahaja.

Keputusan ini dibuat susulan PAS Pusat memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco baharu yang akan dibentuknya.

“(Lantikan empat Exco sahaja) memang terlalu mencabar sebab kita ada banyak portfolio… kali ini sekurang-kurangnya lima portfolio satu Exco kena pegang,” katanya pada sidang media di Kompleks ICQS Padang Besar.

Beliau sebelum ini memaklumkan pelantikan Exco baharu boleh diteruskan dengan sekurang-kurangnya empat ahli.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji yang kosong akan diurus tadbir Pejabat Menteri Besar Perlis.

Penyelaras akan dilantik bagi pusat khidmat rakyat yang akan dibuka di ketiga-tiga DUN itu.

“Apabila berlaku pembukaan pusat khidmat di kawasan itu, maka kita akan merujuk juga kepada kepimpinan PAS sebab itu kawasan kerusi mereka,” katanya.

Semalam, Speaker DUN Rus’sele Eizan mengumumkan penarikan balik pemakluman keperluan Pilihan Raya Kecil bagi mengisi kekosongan di tiga DUN itu.

Keputusan itu telah dimaklumkan melalui surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Perlis pada 30 Dis.

Speaker DUN itu berkata DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji akan kekal kosong sehingga pilihan raya umum akan datang.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories