the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Armizan: Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi

KLANG: Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak paket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar).

Beliau menjelaskan bagaimanapun pihaknya ada menerima cadangan berkaitan larangan itu.

“Kalau kita perlu buat satu sistem (subsidi) hanya untuk minyak paket, ia tindakan yang melibatkan kos untuk kerajaan dan peruncit termasuk kedai runcit kecil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Syarikat Perceptive Logistic Sdn Bhd di Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jika larangan akan dikenakan kepada warga asing untuk membeli minyak masa bersubsidi susulan tularnya video memaparkan warga asing membeli barangan bersubsidi itu.

Beliau berkata pihaknya juga sedang melaksanakan audit yang bermula Oktober tahun lepas hingga Mac ini, menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan.

Dalam perkembangan lain, Armizan menjelaskan pihaknya mengambil maklum situasi kenaikan harga bawang India dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang mengambil langkah untuk menstabilkan harga bahan itu dengan meningkatkan import dari negara lain.

Beliau menjelaskan kenaikan harga bawang India berlaku susulan sekatan dikenakan oleh India sehingga 31 Mac ini kerana sedang berdepan pilihan raya dan bagi memastikan bekalan domestik mereka mencukupi.

Media sebelum ini melaporkan harga bawang India naik lebih 30 peratus sejak bulan lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings