the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Kelantan pulih, jumlah mangsa di Pahang kekal

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Pasir Mas yang sebelum ini menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga ditutup pada 4 petang tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Pahang pula kekal tujuh orang daripada dua keluarga di sebuah PPS di Maran.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Arau, Perlis dengan trend meningkat, manakala Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor menunjukkan trend menurun.

Laporan itu turut memaklumkan 18 jalan masih ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang – Gerik – Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Kota Tinggi – Kluang di Johor. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings