the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOSM: Kejadian banjir catat penurunan pada tahun lepas

KUALA LUMPUR: Insiden banjir menurun kepada 983 kejadian pada 2022 berbanding 1,057 pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Alam Sekitar 2023 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sarawak merekodkan jumlah banjir tertinggi dengan 242 kejadian, diikuti Kedah (108) manakala Terengganu dan Selangor, masing-masing 107 kejadian.

“Jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana iaitu banjir, ribut, tanah runtuh dan kebakaran menurun kepada 192,707 orang berbanding 208,643 orang pada 2021. Bilangan pusat pemindahan sementara juga berkurangan kepada 1,498 berbanding tahun sebelumnya (1,778),“ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia mengalami kesan La Nina pada 2022, antaranya cuaca lembap yang memberi kesan langsung kepada alam sekitar dengan hujan tahunan di 22 stesen menunjukkan peningkatan antara 26 milimeter (mm) sehingga 1,749.4 mm.

Kesan La Nina juga menyebabkan peningkatan bacaan bilangan hari kilat dengan Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang merekodkan bilangan hari kilat tertinggi pada 2022 iaitu 340 hari, diikuti stesen Subang (307 hari) dan stesen Melaka (273 hari).

Mohd Uzir berkata cuaca hujan turut menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes meningkat sekali gus mengakibatkan peningkatan kes demam denggi dengan ketara iaitu 150.9 peratus kepada 65,987 kes pada 2022 berbanding 26,301 kes pada 2021.

Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 37,502 kes berbanding 15,712 kes pada tahun sebelumnya, diikuti Sabah (7,092 kes) dan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya (6,714 kes). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings