the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Dzulkefly: Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti

PUTRAJAYA: Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata sebarang dakwaan bahawa kedai makan 24 jam turut menjadi punca utama obesiti di Malaysia harus dibuktikan secara empirikal iaitu melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

“Menutup kedai makan 24 jam tidak menjamin pengguna tidak akan mencari alternatif.

“Ia harus mengambil kira keseluruhan sumber makanan yang mudah didapati di Malaysia seperti mi segera dan makanan berkelah,“ katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Sulaman Kasih di Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Dr Dzulkefly berkata setiap individu bertanggungjawab ke atas tabiat pemakanan dan gaya hidup masing-masing.

“Sebarang perubahan tingkah laku individu memerlukan tahap kesedaran dan literasi kesihatan yang tinggi, namun di Malaysia satu daripada tiga individu mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah,“ katanya.

Dr Dzulkefly berkata cadangan CAP berkaitan penutupan kedai makan 24 Jam akan diperhalusi termasuk sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan agar isu itu dapat dicerakin secara menyeluruh dan syor penyelesaian mempunyai hala tuju serta keberhasilan yang jelas.

“Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh Kementerian Kesihatan,“ katanya.

Beliau turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak untuk kumpulan yang bergantung kepada perkhidmatan kedai makan 24 jam seperti petugas barisan hadapan antaranya polis, bomba, doktor, jururawat dan petugas keselamatan.

“Menghentikan perkhidmatan secara pukal akan menyebabkan kesukaran kepada mereka,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings