the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agong berkenan lawat Saint Petersburg atas jemputan Putin

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tiba di Saint Petersburg, Rusia, atas jemputan khas Presiden Vladimir Putin untuk lawatan pertama.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat kota bersejarah Saint Petersburg di Rusia.

Pesawat khas Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo pada 2.38 petang waktu tempatan.

Ketibaan baginda disambut Gabenor Leningrad Oblast Alexander Yuryevich Drozdenko dan beberapa pegawai kanan Rusia.

Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai turut hadir dalam majlis sambutan itu.

Lebih 160,000 rakyat Malaysia dilaporkan melawat Saint Petersburg pada tahun lepas.

“Diasaskan pada 1703, Saint Petersburg pernah berperanan sebagai ibu negara Persekutuan Rusia,” menurut hantaran Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Kota itu terkenal dengan landskap seni bina klasik dan bangunan bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong.

“Keunikan gabungan sejarah, seni dan keindahan bandar menjadikan Saint Petersburg sebagai antara destinasi pelancongan paling popular di Rusia.”

Lawatan khas julung-julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin.

Related

spot_img

Latest

Ringgit hampir capai paras tertinggi tujuh tahun selepas OPR dikekalkan

Ringgit mengukuh hampir ke paras tertinggi sejak 2018, didorong oleh keputusan BNM kekalkan OPR dan indeks dolar AS yang rendah

Most Viewed

spot_img

Popular Categories