the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000

KAJANG: Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan peribadi bagi tiga tahun taksiran.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz yang menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Norfarizah Bakar, 53, selaku Orang Kena Saman (OKS), turut memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Norfarizah dikehendaki di bawah Seksyen 77(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang BE bagi tahun taksiran 2017 hingga 2019, kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Norfarizah didakwa gagal mengemukakan penyata-penyata itu, yang mempunyai pendapatan bercukai berjumlah RM476,975 yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM76,642.12 bagi tempoh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mohd Shafuddin Hasan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam.

“Hukuman dikenakan harus setimpal dengan kesalahan OKS, bagi memberi iktibar kepada masyarakat dan OKS, mengenai betapa seriusnya kesalahan tidak menghantar borang taksiran pendapatan,” katanya.

Norfarizah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia kini seorang suri rumah yang tidak berpendapatan dan hanya bergantung kepada suami. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings