the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penganalisis ekonomi Madeline Berma meninggal dunia pada usia 64

Penganalisis ekonomi Prof Madyar Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada usia 64 tahun.

KUCHING: Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada pukul 11.30 pagi.

Perkara itu disahkan anak buah mendiang, Basil Cliffton Calvert kepada Bernama.

Calvert memaklumkan jasad mendiang akan dibawa pulang ke Kampung Siol Kandis, Kuching untuk urusan pengebumian.

“Perkara ini masih dalam perbincangan namun sekiranya semuanya berjalan lancar, kemungkinan jasad mendiang akan dibawa pulang esok,” katanya.

Menurut Calvert, Berma menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis.

Punca kematiannya bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Berma yang berasal dari Kuching merupakan tokoh ekonomi yang memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi di Sarawak dan peringkat nasional.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Sarawak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Beliau merupakan orang Iban pertama memegang jawatan tersebut.

Berma juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) yang dilantik oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Januari lepas.

Selain itu, beliau turut memegang beberapa jawatan perunding dan menganggotai jawatankuasa nasional kerajaan.

Beliau antara lain menganggotai Majlis Penasihat Wanita serta pelbagai jawatankuasa perundingan dasar di peringkat Persekutuan.

Beliau juga dikenali sebagai penganalisis yang sering menjadi rujukan media.

Beliau banyak memberikan pandangan bernas dan analisis komprehensif mengenai isu ekonomi dan pembangunan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories