the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mata pelajaran Perlembagaan dan Sejarah Malaysia wajib di universiti mulai tahun ini

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri umum mata pelajaran Perlembagaan dan Sejarah Malaysia wajib dalam kurikulum semua universiti awam dan swasta mulai tahun ini.

PUTRAJAYA: Mata pelajaran umum yang merangkumi isu Perlembagaan dan sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum semua universiti awam serta swasta mulai tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mata pelajaran terbabit yang telah melalui proses rombakan semula akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan diwajibkan kepada semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap pelajar memiliki asas kefahaman tentang sejarah negara dan struktur Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mengikuti bidang pengajian yang berbeza.

“Biar tidak terlalu menekan kerana kita tidak mahu membebankan anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih… tapi saya tidak fikir wajar bagi anak Malaysia tidak faham Perlembagaan negara… anak Malaysia yang langsung tidak mengerti sejarah negara… tidak munasabah,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata sebanyak 5,000 tempat penginapan tambahan disediakan kepada mahasiswa bermula tahun ini.

Beliau berkata kerajaan telah mengarahkan semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengambil peranan membangunkan kemudahan penginapan mahasiswa.

“Saya telah mengatakan dari awal, dan mudah-mudahan tahun ini kita mulakan di universiti-universiti tertentu dengan sasaran menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan kepada mahasiswa,” katanya.

RPN 2026-2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BRICS Competition Authorities Establish Task Force to Study Global Grain Trade

GENEVA, SWITZERLAND - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Competition authorities from BRICS countries have established a task force to conduct a joint sector inquiry into the global grain trade, marking a new step in cooperation on competition policy across international agricultural markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings