the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perangkaan: Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3% bagi April 2023

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan kepada 3.3 peratus pada April 2023 dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 130.0 berbanding 125.9 pada bulan yang sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan pada Jumaat, DOSM menjelaskan kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong oleh restoran dan hotel (6.6 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (6.3 peratus).

“Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 2.3 peratus berbanding yang dicatatkan pada Mac 2023 (2.4 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi,” tambah DOSM.

Jabatan itu memaklumkan kenaikan inflasi di Malaysia pada April 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.0 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus); kesihatan (2.1 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.8 peratus).

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta pendidikan masing-masing merekodkan kenaikan 1.6 peratus, manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut pula masing-masing meningkat sebanyak 0.6 peratus dan 0.5 peratus, menurutnya.

DOSM menjelaskan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus kepada keseluruhan wajaran IHP telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 6.3 peratus (Mac 2023: 6.9 peratus).

Daripada 230 item makanan dan minuman, 84.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga berbanding pada April 2022, tambah jabatan itu.

Menurut perangkaan, komponen makanan di rumah menyederhana kepada 5.0 peratus pada April 2023 berbanding 5.6 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

“Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula pada 15 hingga 30 April 2023 selama 16 hari sedikit sebanyak telah meredakan inflasi komponen ini daripada terus meningkat,” tambahnya.

Seiring dengan kenaikan sederhana komponen makan di rumah, komponen makanan di luar rumah turut mencatatkan kenaikan yang lebih rendah kepada 8.1 peratus berbanding Mac 2023 (8.6 peratus).

“Menu Rahmah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sedikit sebanyak meredakan inflasi makanan di luar rumah daripada terus meningkat lebih tinggi,” jelasnya.

DOSM memaklumkan bagi inflasi di peringkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 3.3 peratus dengan Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 2.0 peratus.

Walau bagaimanapun, hanya lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (4.1 peratus), Sarawak (3.9 peratus), Selangor (3.8 peratus), Pahang (3.5 peratus) dan Perak (3.4 peratus).

DOSM menjelaskan inflasi keseluruhan secara bulanan pada April 2023 meningkat marginal kepada 0.1 peratus pada kadar yang sama yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Ini disumbangkan terutama oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4 peratus), pengangkutan (0.3 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.3 peratus),” menurutnya.

Inflasi teras mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan yang tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu dari segi harga serta barang dan perkhidmatan yang tertakluk dengan kawalan harga dari kerajaan meningkat lebih perlahan kepada 3.6 peratus (Mac 2023: 3.8 peratus), tambah jabatan itu.

DOSM memaklumkan kenaikan inflasi teras ini didorong terutama oleh peningkatan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatkan 7.2 peratus (Mac 2023: 7.5 peratus) serta restoran dan hotel (6.6 peratus) (Mac 2023: 7.2 peratus). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings