the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM ingatkan tidak terlalu berharap untuk kejayaan dalam misteri penerbangan MH370

HAMBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahun lepas, setelah sebuah syarikat robotik moden menyatakan kesediaan untuk meneruskan pencarian pesawat itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seramai 239 orang, termasuk lebih 150 warga China dan 50 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat itu apabila ia hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dalam apa yang dianggap sebagai satu daripada misteri paling menghantui dunia penerbangan.

Beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 tragedi MH370 bulan ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa pencarian baharu untuk serpihan pesawat itu akan dilancarkan oleh firma Amerika Syarikat, Ocean Infinity.

Anwar berkata keputusan mungkin akan diambil dalam beberapa minggu akan datang, selepas menyemak cadangan oleh syarikat yang berpangkalan di Texas itu. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa waris penumpang yang hilang tidak seharusnya terlalu mengharapkan sebarang kejayaan.

“Saya tidak mahu memberi mereka harapan palsu bahawa kita boleh mendapatkan jawapan,“ kata Anwar kepada dpa semasa lawatan ke Jerman.

“Tetapi saya mahu meyakinkan mereka bahawa kita sedang melakukan segala yang mungkin,“ tambahnya – walaupun ia akhirnya menelan belanja “dana yang besar.”

Perdana Menteri yang merupakan Ketua Pembangkang pada tahun 2014, berkata beliau sendiri terkejut dengan kehilangan pesawat itu.

“Saya tidak faham pada zaman ini, bagaimana fasiliti logam yang besar seperti itu boleh hilang begitu sahaja,“ kata Anwar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings