the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SKOR CPI 2023 meningkat, SPRM komited terus usaha cegah rasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited dan bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan operasi, bagi menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di negara ini.

Ini susulan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia), hari ini yang menyatakan negara ini telah berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, dari 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai.

Selain itu, laporan tersebut turut memaklumkan Malaysia telah berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50, iaitu peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

“Menurut TI-Malaysia, antara sebab yang menyumbang kepada peningkatan skor ialah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu,” menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, suruhanjaya itu menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing, di samping mempunyai iltizam politik untuk menambah baik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola baik, demi mencapai hasrat kerajaan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings