the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah

SEREMBAN: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling dekat sini pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Beliau berkata mangsa lelaki, 34, yang juga warga asing, merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, adalah doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat pasangan berkenaan dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings