13 individu ditahan reman empat hari kerana berhimpun haram di luar Istana Negeri Kelantan, dengan beberapa senjata tajam ditemui.
KOTA BHARU: Seramai 13 individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram di luar Istana Negeri Kelantan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap semua suspek berusia 26 hingga 67 tahun bermula hari ini hingga Sabtu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Mereka dipercayai berkumpul di hadapan Istana Negeri di Kubang Kerian semalam.
Pemeriksaan ke atas beberapa suspek membawa kepada penemuan senjata tajam. – Bernama






