the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

14 penumpang dan pemandu bas terselamat selepas bas terbabas di lebuh raya

Bas ekspres terbabas dan melanggar penghadang jalan di Lebuhraya Utara Selatan, namun semua 14 penumpang dan pemandu terselamat tanpa kecederaan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat dalam satu kemalangan awal pagi tadi.

Bas itu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 428.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada 4.49 pagi.

Unit siasatan lebuh raya telah digerakkan ke lokasi berkenaan untuk siasatan.

“Siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bas Tuas, Johor menuju ke Pantai Remis, Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemandu berusia 47 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan tiga lorong.

Bas itu kemudian terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

Pemandu dan semua penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mereka telah menaiki bas ganti untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kejadian itu menyebabkan lorong kanan dan lorong tengah lebuh raya terpaksa ditutup sementara.

Penutupan laluan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan dijalankan.

Polis memaklumkan kes itu disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – Bernama

Related

spot_img

Latest

ZTE and MMU Expand Collaboration to Advance Malaysia’s AI, Cybersecurity, and Digital Talent Development

KUALA LUMPUR, MALAYSIA- Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - ZTE Corporation(0763.HK / 000063.SZ), a global leading provider of integrated information and communication technology solutions, today announced the expansion of its collaboration with Multimedia University ("MMU") through the signing of an official addendum, exchanged during the closing ceremony of the PRESTIJ program, "Shaping the Future-fit Public Services with Cybersecurity in the AI Landscape."

Conow Unveiled Its AI Energy Solutions at SolarSolutions Düsseldorf 2025

DÜSSELDORF, GERMANY - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - Conow, a global AI energy leader, joined forces with Tuya, a leading AIoT platform provider, at SolarSolutions Düsseldorf 2025 held on December 3–4 at Messe Düsseldorf, booth Q11.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories