the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

16 keluarga di Sungai Kupang bakal dipindahkan ke lokasi selamat

BALING: Sebanyak 16 keluarga lagi yang rumah mereka terletak di kawasan sepanjang jajaran Sungai Kupang dekat sini akan dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai kerana kawasan itu didapati tidak lagi selamat untuk didiami penduduk itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pemindahan kerana berdasarkan dapatan bancian, pihaknya mengenal pasti 16 rumah itu tidak selamat untuk didiami lagi.

“Dalam lawatan Raja Muda Kedah sebelum ini, baginda menitahkan agar penduduk berisiko di atas sungai dan juga beberapa lokasi di sekitar kawasan itu terus dipindahkan bagi menjamin keselamatan nyawa mereka,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Banjir Baling di Kampung Sadek dekat sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata sebelum ini 17 keluarga yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir pada 4 Julai lepas itu akan dibina rumah baharu, namun hanya 12 keluarga layak menerima rumah berkenaan kerana lima keluarga lagi merupakan penyewa rumah asal.

Beliau berkata bagaimanapun, pihak kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan rumah baharu itu untuk pemilik rumah sewa tersebut dan lima penyewa itu akan diberikan bantuan bersesuaian.

“Sekarang, kesemua 12 keluarga tersebut tinggal secara menyewa di beberapa tempat dan kita bantu dari segi bayaran sewa bulanan untuk tempoh enam bulan…kita berharap agar rumah ini dapat dibina dalam tempoh kurang daripada enam bulan, sebelum Disember ini.

“Rumah terbabit akan dibina di atas tanah milik kerajaan negeri dan turut mendapat kerjasama penuh daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), ia merupakan rumah sebuah-sebuah yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu,“ katanya.

Muhammad Sanusi berkata pembinaan rumah itu akan dilaksanakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) iaitu Kynetics Land Sdn Bhd yang kos binaan rumah itu dianggarkan antara RM70,000 hingga RM75,000.

“Kos pembinaan rumah ini ditanggung kerajaan negeri dengan sumbangan beberapa pihak lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Tabung Kedah Care…Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbang menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing untuk menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Anggaran RM57,000 sebelum ini tidak dapat dibina kerana ia turut melibatkan infrastruktur serta kenaikan harga barang binaan…belum termasuk pembinaan longkang, takungan sisa kumbahan dan lain-lain lagi,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings