the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

55,000 belia disasarkan sertai program kemahiran teknologi baharu tahun depan

KESUMA sasar 55,000 belia ikuti latihan kemahiran tahun depan dalam bidang teknologi baharu seperti AI, semikonduktor, EV dan keselamatan siber.

KUALA LUMPUR: Seramai 55,000 belia disasarkan untuk mengikuti program latihan kemahiran tahun hadapan menerusi peluasan kursus teknologi baharu serta bidang berpertumbuhan tinggi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bidang tersebut termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), automasi, robotik, keselamatan siber dan kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif di bawah Jabatan Tenaga Manusia itu merupakan kesinambungan usaha kerajaan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini, seramai 23,486 pelajar mengikuti program sepenuh masa manakala 78,558 peserta menyertai program separuh masa.

Program-program tersebut meliputi 10 kluster teknologi dan kejuruteraan.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) turut menyelaras semakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) agar kekal relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

Selain itu, JPK memperluas laluan modular dan mikro-credential dalam bidang AI, keselamatan siber, pengkomputeran awan dan pembuatan digital.

TalentCorp juga memperkenalkan platform MyMAHIR.my dan melaksanakan MyMahir Skills Lab bagi memenuhi keperluan industri.

Penubuhan Majlis AI Kebangsaan MyMahir-NAICI pula berperanan menyelaras pembangunan bakat AI negara.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman memaklumkan pindaan kepada Seksyen 22(2)(a) Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB) mempercepatkan tempoh penggunaan levi.

Tempoh penggunaan levi telah dipendekkan daripada lima tahun kepada dua tahun bagi membolehkan dana latihan digunakan secara lebih optimum.

Pindaan itu membolehkan HRD Corp menguruskan dana levi dengan lebih efisien untuk menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula pekerja tempatan.

Program tersebut turut menekankan nilai serta etika kerja MADANI.

“Kalau tidak (tiada pindaan), mereka (majikan/syarikat) akan mengambil masa lama untuk menghantar pekerja mengikuti latihan,” katanya.

“Tapi dengan adanya pindaan ini, selepas dua tahun, dana levi boleh digunakan untuk kursus-kursus lain bagi pekerja yang memerlukan atau daripada syarikat lain.”

Setakat ini, sebanyak RM2.3 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan latihan meliputi 6,111 jurulatih dan 1,516 tempat latihan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings