the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aaron-Wooi Yik hampir tamatkan kemarau 12 tahun Terbuka Malaysia

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final Terbuka Malaysia 2026, hampir tamatkan kemarau 12 tahun gelaran beregu lelaki untuk negara

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran Terbuka Malaysia 2026 selepas mara ke perlawanan akhir, esok.

Pada perlawanan separuh akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini, pilihan kedua Aaron-Wooi Yik mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia pertama mereka selepas menewaskan pilihan keenam dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Perlawanan set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasangan terikat 21-21, tetapi bekas juara dunia 2022 itu kekal tenang untuk menang tipis 23-21.

Mengekori 10-12 dalam set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali itu menemui rentak untuk mendahului 16-12 dan menceriakan penyokong tuan rumah apabila menang 21-18 dalam aksi sengit yang berlangsung 50 minit.

Keputusan itu menyaksikan pasangan nombor dua dunia itu berpeluang menjadi pasangan tempatan menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia sejak kali terakhir dimenangi Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2014.

Aaron-Wooi Yik akan berdepan pilihan utama dan juara bertahan Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasangan England Ben Lane-Sean Vendy 8-21, 21-11, 21-18.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Aaron menyatakan kegembiraan kerana kembali ke perlawanan akhir berturut-turut di gelanggang sendiri, mengimbas kekalahan dalam set penentuan kepada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun 12-21, 21-15, 16-21 pada Masters Malaysia tahun lepas.

Menjelang perlawanan akhir esok, Aaron percaya kedua-dua pasangan mempunyai peluang sama rata merujuk kepada rekod pertemuan mereka yang seimbang 1-1.

“Tahun lepas mereka (Won Ho-Seung Jae) berada dalam prestasi yang menakjubkan tetapi ini kejohanan pertama tahun ini. Saya melihatnya sebagai 50-50 esok. Bagaimanapun, kami mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri,” katanya.

Wooi Yik mengakui tekanan tinggi dirasai untuk perlawanan akhir tetapi mereka berhasrat untuk menikmati permainan daripada terlalu memikirkannya.

Sementara itu, Seung Jae menyalahkan permulaan yang perlahan atas kekalahan set pertama kepada pasangan England manakala Won Ho menetapkan sasaran untuk mempertahankan gelaran tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings