the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong gemar santuni rakyat secara bersahaja – Pegawai Daerah Mersing

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

MERSING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim gemar untuk menyantuni rakyat secara bersahaja dan mesra tanpa protokol yang ketat.

Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah berkata kebiasaannya apabila berangkat ke daerah di timur laut Johor itu, Sultan Ibrahim bukan hanya bersemayam di Istana Flinstones, di sini sebaliknya turut meluangkan masa mendampingi rakyat.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata pernah satu ketika dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat subuh di masjid, Seri Paduka Baginda bertitah untuk berhenti di warung bagi santapan sarapan pagi.

“Kadang-kadang tu kedai mamak pun ada (Tuanku bersarapan) dan pada masa berkenaan, kita akan mengaturkan secara ad hoc serta menyediakan apa (juadah) yang terdapat di premis tersebut, tanpa protokol ketat.

“Selain itu, Tuanku juga pernah mencemar duli ke eskpo jualan dan mendekati rakyat dengan berbual-bual dan minum bersama-sama…kemesraan itu berlaku begitu sahaja, bukannya diatur…begitulah mudah dan mesranya Tuanku bersama rakyat,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

Jamil Hasni berkata Sultan Ibrahim juga raja yang prihatin dengan kebajikan rakyat dan Seri Paduka Baginda memanfaatkan waktu bertemu rakyat untuk mendengar sendiri aduan dan masalah mereka.

“Apabila terdapat aduan ad hoc pada masa berkenaan (misalnya), saya akan merujuk jabatan terlibat dan mempersembahkan kepada Tuanku berkaitan peruntukan yang kita peroleh dan kekangan untuk kita menaik taraf kawasan tersebut, berdasarkan aduan diterima.

“Seterusnya, Tuanku akan menilai laporan tersebut dan memberikan pandangan Seri Paduka Baginda, manakala saya akan selaraskan semula di peringkat jabatan,” katanya.

Jamil Hasni berkata antara aktiviti kegemaran Sultan Ibrahim ketika berangkat ke daerah pelancongan yang kaya dengan keindahan alam itu ialah menyelam dan pada masa sama Seri Paduka Baginda turut memberi pandangan mengenai kawasan yang perlu dibersihkan dan dipulihara termasuk batu karang.

“Tuanku bertitah untuk menyemak kawasan yang bersesuaian untuk menyelam misalnya selepas kawasan A, pergi ke kawasan B dan beri tempoh tertentu kerana mungkin berlaku kerosakan…oleh itu, kita ada giliran untuk pemuliharaan kawasan batu karang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata di sebalik perwatakan Seri Paduka Baginda yang tegas, Jamil Hasni berkata beliau tidak menyangka bahawa Sultan Ibrahim mempunyai sisi lain iaitu gemar membuat jenaka.

“Saya pernah mengikut Tuanku ke Perth, Australia dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai dan seperti biasa, ia berprotokol…namun apabila waktu santapan Tuanku amat mesra.

“Malah, Tuanku pernah membuat teka-teki dengan saya dan beberapa pegawai lain, serta menawarkan pemberian istimewa jika kami dapat menjawabnya…memang lucu keadaan ketika itu…itu antara momen indah yang tak boleh saya lupakan,” katanya.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai dan bersempena dengan istiadat itu, BERNAMA TV akan menyiarkan dokumentari “Di Sebalik Mahkota” pada 19 Julai.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img