the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid, Fadillah ucap Selamat Hari Raya, seru rakyat perkukuh perpaduan

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk menghayati semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai kasih sayang, harmoni dan perpaduan dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusan Aidilfitri berkata perpaduan yang kukuh merupakan nadi kepada pembangunan negara bangsa.

“Marilah kita menyemai kasih, menyulam harmoni dan memperkukuh perpaduan yang menjadi teras kepada pembangunan negara kita.

“Di kesempatan Syawal ini, saya Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal ini membawa cahaya kebahagiaan, keberkatan dan kedamaian buat kita semua,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi jaminan bahawa kementerian berkenaan akan terus komited memastikan tiada yang tercicir dalam arus pembangunan, khususnya masyarakat luar bandar.

“KKDW terus berbakti untuk membina jambatan pembangunan, menerangi desa dengan ilmu dan memperkasakan ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat tanpa mengenal waktu demi kesejahteraan masyarakat, terutama sepanjang musim perayaan.

Selain itu, beliau mengingatkan para perantau yang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya, mengutamakan keselamatan dan menjaga diri demi kesenangan bersama keluarga serta masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan di Facebook berkata asas kepada Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan, memupuk kesederhanaan serta mengenang mereka yang kurang bernasib baik.

“Ibrah daripada bulan suci harus diteladani sepanjang masa dan tidak terhad pada bulan Ramadan sahaja. Kita digalakkan untuk terus istiqamah serta bersederhana dalam apa jua perkara terutama ketika menyambut Aidilfitri,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Ramadan telah mendidik umat Islam untuk bersabar, bersedekah dan berbuat baik kepada sesama insan.

“Justeru, mudah-mudahan kita dapat terus melanjutkan amalan ini pada bulan-bulan yang lain dan menjadikannya sebagai kebaikan yang berterusan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings