the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amanah hormati prerogatif PM dalam rombakan kabinet – Mohamad Sabu

Amanah serah sepenuhnya urusan rombakan kabinet kepada prerogatif Perdana Menteri tanpa menamakan mana-mana ahli parlimen untuk diketengahkan.

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara menghormati prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan menyusun Kabinet kerajaan susulan ura-ura rombakan bakal dilaksanakan.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak berhasrat menamakan mana-mana ahli parlimennya untuk diketengahkan.

“Kabinet ini adalah hak Perdana Menteri yang kita panggil prerogatif, beliau boleh ambil orang politik, orang profesional atau orang dalam parti, atau luar parti, itu terserah kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri.

“Untuk Amanah, kita terima sahaja keputusan yang dibuat kerana yang penting kita kena jaga serta kuatkan pasukan untuk hadapi pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata setakat ini tiada perbincangan dilakukan dengan Perdana Menteri berhubung perkara itu.

Beliau berucap pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan susulan beberapa menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka pada awal bulan hadapan.

Antaranya ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut disebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Anwar ketika ditemui media selepas majlis penutup Festival Idea Putrajaya semalam berseloroh meminta mereka mengemukakan barisan Kabinet baharu.

“Tolong bagi cadangan kalau ada … kat saya tak apa,” kata beliau. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rural water supply allocation clarified at RM424.7 million

The Rural and Regional Development Ministry corrects the 2026 Budget figure for the Rural Water Supply Programme, detailing project status and allocations for Sabah, Sarawak, and Peninsular Malaysia.

Most Viewed

Malaysia registers first genetic pathology specialists

Malaysia's first genetic pathology specialists are registered under the amended Medical Act, a key milestone in healthcare reforms to standardise specialist recognition.
spot_img

Popular Categories