the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar luang masa bersama komuniti Islam di Perancis

PARIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Sesi itu diadakan sempena lawatan rasminya selama dua hari ke negara berkenaan, bermula semalam.

Anwar berkata pertemuan itu membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.

“Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis.

“Usai pertemuan, saya bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings