the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar mohon maaf batalkan lawatan Pahang atas nasihat doktor

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri terpaksa batalkan lawatan kerja ke Pahang kerana sakit belakang, menurut nasihat pasukan perubatannya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan hari ini menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pembatalan saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah beliau mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas.

Doktor menasihatkan Perdana Menteri untuk mendapatkan rehat yang mencukupi bagi pemulihan kesihatan.

Anwar memohon maaf setulusnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.

Beliau sepatutnya merasmikan Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 di Temerloh hari ini.

Program Temu Anwar@UMPSA di Dewan Utama Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah juga terpaksa dibatalkan.

Sesi ramah mesra bersama Penggerak Industri Kuantan di ADTEC Kampus Kuantan turut tidak dapat dilaksanakan.

Perdana Menteri baru sahaja pulang dari lawatan kerja ke Korea Selatan semalam.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di Korea Selatan pada Jumaat lepas.

Sebelum itu Anwar mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings