the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banduan larikan diri selepas loloskan tangan digari pada katil hospital

KUALA LUMPUR: Banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh Rabu lepas, A. Kalai Kumar, dipercayai meloloskan tangannya yang digari pada katil.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata banduan berusia 27 tahun yang memiliki rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik itu dihantar ke hospital berkenaan bagi merawat telinga berdarah.

“Polis kini giat melakukan operasi bagi mengesan banduan terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lepas, polis melaporkan seorang banduan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings