the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah

Menteri Luar berkata banyak negara telah menurunkan nasihat perjalanan ke tahap dua, menunjukkan peningkatan keyakinan terhadap keselamatan Sabah.

KUALA LUMPUR: Banyak negara telah menurunkan nasihat perjalanan mereka ke kawasan pantai timur Sabah daripada tahap tiga kepada tahap dua.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkembangan positif itu mencerminkan pemulihan keyakinan negara luar terhadap tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, kira-kira 25 negara mengeluarkan nasihat perjalanan tahap tiga yang menasihatkan rakyat mereka supaya tidak berkunjung ke Sabah susulan kes penculikan.

“Namun hasil usaha kerajaan menerusi kawalan keselamatan oleh ESSCOM, PDRM serta Kementerian Pertahanan, tiada lagi insiden penculikan bagi tujuan mendapatkan wang tebusan dilaporkan sejak empat hingga lima tahun kebelakangan ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai usaha kerajaan untuk menurunkan status nasihat perjalanan oleh negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Perkembangan itu turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dengan peningkatan kemasukan pelancong asing sehingga 18.9%.

Peningkatan khususnya dilihat dari pelancong Jepun dan Korea Selatan.

Menjawab soalan tambahan mengenai usaha untuk menamatkan sepenuhnya nasihat perjalanan, Mohamad berkata kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan negara terlibat.

“Apa sahaja peluang perbincangan dalam hubungan dua hala atau pelbagai hala, kita bentangkan kepada mereka bahawa keadaan di timur Sabah kini jauh lebih selamat,” katanya.

Kerajaan juga mengambil inisiatif membawa perwakilan asing yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan keselamatan yang telah bertambah baik.

Related

spot_img

Latest

ST Telemedia Global Data Centres launches Southeast Asia’s first HVDC-powered AI infrastructure testbed

ST Telemedia Global Data Centres has unveiled Southeast Asia’s first HVDC-powered AI infrastructure testbed, enabling high-density AI computing while supporting Singapore’s energy transition and net-zero ambitions.

Mahkamah tetapkan 17 hari bicara kes rasuah RM500,000 setahun

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapkan 17 hari untuk bicara kes pengarah syarikat didakwa tawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa.

AsiaInfo and ABB Robotics Launch “Embodied Intelligence Laboratory”

AsiaInfo Technologies and ABB Robotics have established the Embodied Intelligence Laboratory to advance Physical AI research and accelerate the deployment of intelligent automation solutions in real-world industrial scenarios.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories