the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Basikal trek sumbang pingat ke-200 Malaysia di Sukan SEA 2025

Pasukan kejar mengejar lelaki basikal trek raih emas, lengkapkan sasaran pingat ke-200 Malaysia di Sukan SEA Bangkok.

BANGKOK: Kem berbasikal trek negara mencipta detik manis dengan melengkapkan sasaran pingat ke-200 Malaysia di Sukan SEA 2025.

Pencapaian itu diraih selepas pasukan kejar mengejar lelaki meraih pingat emas di Velodrom Hua Mark.

Skuad negara yang dibarisi Abdul Azim Aliyas, Muhammad Adam Hakimi Nazuan, Muhammad Hafiq Mohd Jafri, Muhammad Yusri Shaari dan New Joe Lau menewaskan pasukan tuan rumah Thailand.

Indonesia membawa pulang pingat gangsa dalam acara berkenaan.

“Ikutkan kami sendiri tidak tahu mengenai pingat ke-200 itu dan ia tidak langsung bermain di fikiran kami. Kami hanya fokus untuk berlumba sehabis baik,” kata Abdul Azim.

Beliau berkata pasukan berlatih berbulan-bulan untuk menghadapi pencabar utama Indonesia yang gagal menamatkan perlumbaan.

“Apa pun, ini rezeki buat kami,” tambahnya.

Terdahulu, kem berbasikal trek turut menyumbang dua lagi pingat emas untuk negara.

Muhammad Ridwan Sahrom muncul juara acara keirin lelaki dengan menewaskan pelumba tuan rumah Jai Angsuthasawit.

Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih emas dalam acara scratch wanita dengan mengatasi dua pelumba dari Singapura.

Pencapaian itu melonjakkan lagi kutipan pingat keseluruhan kontinjen Malaysia di temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories