the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari – PDG

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd mengumumkan bahawa bekalan diesel di stesen-stesen Petronas yang terjejas di seluruh negara akan pulih sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan semalam (Dis 27), Petronas Dagangan berkata pemulihan semula bekalan akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi.

“Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan tanpa gangguan kepada pelanggan kami dan menjadikan kehidupan harian mereka lebih mudah dan bermanfaat. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh gangguan ini,“ katanya.

Pada Selasa, syarikat itu memaklumkan bahawa beberapa stesennya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, dan isu berkenaan dijangka berterusan sehingga 31 Dis, 2023.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada Petronas mengenai gangguan bekalan yang menjejaskan hampir semua stesen minyaknya di negeri itu dan juga di Sabah.

KPDN Sarawak menambah, melalui Bahagian Penguatkuasaannya, ia giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan di semua stesen minyak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings