the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas ADUN Air Putih bebas tuduhan cabul isteri kepada rakannya

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lepas.

Majistret Amalina Basirah Md Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, 58, di akhir kes pendakwaan.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Wan Ahmad Nizam diwakili Peguam Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.

Perbicaraan kes itu bermula 5 Okt 2022, dengan seramai tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad Nizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur 51 tahun itu, dengan maksud mencabul kehormatannya, di dalam sebuah ruang bersebelahan bilik tidur utama di sebuah kediaman di Taman Bukit Melawati, antara 1 pagi hingga 5 pagi, 20 Julai hingga 15 Ogos 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings