the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026 dijangka tumpu pemodenan ATM kata Mohamed Khaled

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang akan dibentang esok dijangka memberi tumpuan kepada usaha memodenkan Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan perancangan mewujudkan angkatan masa hadapan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata belanjawan berkenaan akan menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan agenda tersebut yang telah dirangka melalui Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan pada Februari lepas.

Beliau percaya belanjawan ini juga akan mengambil kira cabaran-cabaran yang telah dinyatakan akan dihadapi negara sama ada cabaran tradisional atau bukan tradisional.

Pada masa sama beliau yakin belanjawan ini akan terus memberi tumpuan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2025-2026 di sini hari ini.

Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2025-2026 disempurnakan oleh Penaungnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Perdana Menteri.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain juga hadir dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata penerangan membabitkan status terkini perolehan pesawat pejuang F/A-18 Legacy Hornet akan dibuat selepas semua maklumat berkaitan diperoleh sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia akan menjalankan penilaian menyeluruh sebelum memuktamadkan perolehan pesawat F/A-18 Legacy Hornet dari Kuwait.

Pada 7 Oktober tahun lepas Mohamed Khaled semasa lawatan rasminya ke Kuwait telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan negara itu bagi mendapatkan pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan ATM. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img