the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 9, 2025
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan Perlis 2026 RM359.58 juta, tertinggi dalam sejarah

Belanjawan Perlis 2026 RM359.58 juta, tertinggi pernah dibentangkan, fokus kepada pertumbuhan ekonomi, infrastruktur dan kebajikan rakyat

KANGAR: Belanjawan 2026 Perlis dengan tema “Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera” melibatkan peruntukan sebanyak RM359.58 juta.

Jumlah itu meningkat RM57.20 juta berbanding belanjawan tahun sebelumnya dan merupakan belanjawan tertinggi pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata sebanyak RM244.42 juta atau 68% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus.

Manakala RM115.16 juta atau 32% diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus 2026 meningkat RM48.31 juta berbanding 2025,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Kompleks Seri Putra.

Daripada peruntukan mengurus, RM76.79 juta disediakan untuk bayaran emolumen dan RM102.14 juta bagi perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan.

Bagi peruntukan pembangunan, sebanyak RM30.10 juta atau 27% dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan pembangunan akan diagihkan kepada enam agensi pelaksana utama termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (RM58.02 juta) dan Jabatan Kerja Raya (RM21.67 juta).

Kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM217.59 juta pada tahun 2026.

Anggaran kutipan itu menjangkakan peningkatan RM94.66 juta atau 77% berbanding tahun 2025.

“Dengan anggaran ini, kerajaan negeri diunjurkan mengalami defisit sebanyak RM26.83 juta pada 2026,” kata Mohd Shukri.

Beliau berkata walaupun defisit, angka itu adalah yang terendah berbanding belanjawan lima tahun lepas.

“Pada 2026, semua agensi pengutip cukai hendaklah meningkatkan kecekapan memungut cukai,” tegasnya.

Belanjawan 2026 dirangka dengan memfokuskan kepada tiga tekad utama iaitu Pertumbuhan Ekonomi Mampan, Pembangunan Infrastruktur Lestari dan Perlisku Bestari Berkebajikan.

“Setiap inisiatif dapat memberi manfaat langsung dan memudahkan urusan rakyat,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sanrio Puroland (Tokyo) Launches New Parade to Celebrate Its 35th Anniversary

TAMA CITY, JAPAN - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Sanrio Puroland (Tama City, Tokyo; "Puroland"), a fully indoor theme park operated by Sanrio Entertainment Co., Ltd. (headquarters: Tama City, Tokyo; President and CEO: Aya Komaki), celebrated its 35th anniversary on December 7, 2025, and debuted its new main parade, The Quest of Wonders Parade.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories