the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BMC edar 300 Jalur Gemilang semarak semangat patriotisme rakyat

KUALA LUMPUR: Kelab Motosikal Bernama (BMC) mengedarkan 300 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya menerusi Kembara Jalur Gemilang yang bermula di Plaza Tol Gombak seawal 7.30 pagi hari ini, sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Program yang disertai 20 penunggang motosikal pelbagai kapasiti enjin itu menyaksikan penyertaan aktif warga dan bekas petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam memacu semangat patriotisme peserta.

Konvoi tersebut merentasi perjalanan sejauh 200 kilometer meliputi laluan Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Fraser Hill sebelum berakhir di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Antara lokasi pengedaran bendera termasuk di dua stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak serta gerai makanan Lemang To’ki di Bentong yang menjadi tumpuan komuniti penunggang motosikal.

Presiden BMC Amrizan Madian berkata konvoi itu menjadi platform utama untuk membangkitkan dan menyemarakkan semangat rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang.

“Setiap bendera yang diagihkan bukan sekadar simbolik tetapi juga usaha menanamkan rasa bangga dan cinta yang mendalam terhadap negara selain memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 2023, BMC yang sebelum ini dikenali sebagai Bernama Bikers Club telah menganjurkan beberapa program kembara, termasuk lawatan ke Makam Mat Kilau di Jerantut dan sambutan ulang tahun kelab di Janda Baik serta jelajah ke Kota Bharu, Kelantan, Kuantan dan sekitar Selangor.

BMC yang ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2023 kini mempunyai keahlian seramai 80 orang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings