the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita Thailand ditahan cuba seludup diesel di Kedah

ALOR SETAR: Seorang wanita warga Thailand ditahan kerana disyaki cuba menyeludup minyak diesel menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu di sebuah stesen minyak di Kuala Nerang.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata penahanan dilakukan pada 16 Ogos hasil aduan orang awam dan risikan penguat kuasa.

“Pemantauan mendapati sebuah pikap mengisi diesel sebelum menukar nombor pendaftaran tempatan kepada nombor asing,” katanya dalam kenyataan.

Pemeriksaan menemui minyak diesel disimpan dalam tangki yang diubah suai serta pelanggaran had jualan 273 liter dalam satu transaksi.

Barang disita termasuk minyak bernilai RM800, kenderaan pikap, resit dan dokumen dengan anggaran jumlah sitaan melebihi RM30,790.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings