the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya iaitu seorang warga Filipina.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut mengekalkan hukuman 12 sebatan yang dijatuhi ke atas Md Masud Rana.

“Tiada merit dalam rayuan ini. Kami mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan tidak keterlaluan dan adalah memadai,“ kata Abang Iskandar.

Pada 27 Sept 2023, Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati ke atas Md Masud dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh Condo Liezyl Ponce di bilik sewa di Jalan Beladau 26, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor antara 4 pagi hingga 6.40 pagi 23 Dis 2016.

Terdahulu, peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon berhujah bahawa pembunuhan itu berlaku selepas pergaduhan tertuduh dengan mangsa dan menyifatkan ia sebagai jenayah akibat cinta yang didorong oleh perasaan cemburu serta alkohol.

Bustaman berhujah bahawa hukuman penjara yang dijatuhkan adalah keterlaluan dan pembunuhan itu adalah sesuatu yang tidak dirancang.

Timbalan Pendakwa Raya Zulkpli Abdullah pula berhujah bahawa hukuman penjara 35 tahun adalah wajar kerana jenayah yang dilakukan adalah begitu kejam dan mangsa mengalami 40 luka akibat ditoreh serta tujuh tetakan di bahagian kepala yang telah menembusi tengkoraknya.

“Rayuan terhadap hukuman ini mengingatkan saya kepada pepatah Melayu iaitu diberi betis hendak peha,” kata beliau sambil menambah Md Masud sepatutnya bersyukur kerana hukuman mati terhadapnya telah digantikan dengan pemenjaraan.

Md Masud, seorang buruh berusia 40 tahun, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Okt 2019 kerana membunuh teman wanitanya yang berumur 28 tahun.

Sebelum ini, dia telah menarik balik rayuan terhadap sabitan namun meneruskan rayuan terhadap hukuman mati susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada tahun lepas yang memberikan kuasa budi bicara kepada mahkamah sama ada mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang daripada 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun.

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan hukuman mati terhadap Md Masud dan menggantikannya dengan pemenjaraan bagi tempoh 35 tahun dan 12 sebatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

WTK Holdings to dispose of three Miri oil palm estates for RM221.5 million

The RM221.5 million price tag covers three transactions across the Positive Deal, Biogreen and Borneo estates, and reflects a 5.7% premium over their aggregate independent valuation. Proceeds are earmarked mainly for working capital (RM185.6m) and debt repayment (RM27.0m).

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings