the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa DAP hari ini membuat laporan terhadap dua individu yang menuduh parti itu sebagai kafir harbi pada program ceramah PAS dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini.

Naib Ketua Wanita DAP Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan merbahaya serta mengugat ketenteraman awam.

“Kita mahukan tindakan tegas diambil terhadap dua individu terbabit kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Terdahulu Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong bersama Ahli Jawatankuasa DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Ali tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.10 tengah hari, dan selesai membuat laporan kira-kira 40 minit kemudian.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings