the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan polis disyaki dera beruk di Bachok

Polis tahan dua lelaki kerana disyaki dera beruk di Bachok, siasatan di bawah Akta Binatang 1953 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 28 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan seekor beruk di Bachok yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pada jam 10 malam semalam.

“Mereka kini direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Haiwan mati diracun di Bukit Bendera, siasatan sedang dijalankan

Siasatan awal mendapati rakaman video yang tular memaparkan seekor beruk ditampar, dirantai dan dipukul beberapa kali.

Video tersebut dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke platform media sosial termasuk TikTok, Facebook dan Instagram.

Pengadu didapati tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 kerana penderaan terhadap haiwan.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan jelik melalui media sosial.

Polis merampas satu telefon bimbit dan seekor beruk jantan untuk siasatan lanjut.

Beruk tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pemeriksaan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings