the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat kes tuba ikan, renjatan elektrik dikesan di Negeri Sembilan

PORT DICKSON: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) mengesan empat laporan melibatkan aktiviti menuba dan menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan tahun ini.

Timbalan Pengarah JPNS Doreen Wee berkata empat kes berkenaan berlaku di Sungai Linggi dan Sungai Triang, Jelebu.

“Kita menerima aduan daripada nelayan, menuba ini bermaksud mereka meracun sungai tersebut sehingga udang ‘mabuk’ serta menyebabkan ikan mati.

“Saya difahamkan kegiatan ini (berlaku) pada pukul 3 hingga 4 pagi, jadi usaha untuk mengesan pelaku amat sukar,” katanya kepada pemberita pada Program Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Linggi di Pengkalan Kempas di sini hari ini.

Bukan sahaja merosakkan ekosistem hidupan air malah katanya memakan hasil tangkapan seperti udang dan ikan daripada aktiviti itu boleh menjejaskan kesihatan.

Menurut Wee, kebiasaannya individu tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan itu pada musim panas bagi mendapatkan hasil yang banyak.

Sementara itu, pada program hari ini JPNS negeri melepaskan anggaran 350,400 ekor benih udang galah di tujuh lokasi perairan umum di seluruh negeri ini.

Wee berkata benih udang galah itu disumbangkan oleh Pusat Pembenihan Udang Galah (PPUG), Kampung Acheh, Perak yang dapat memberi manfaat kepada golongan nelayan darat dan pemancing rekreasi.

“Kira-kira 50,000 ekor benih udang galah dilepaskan di setiap daerah, kita jangka selepas lima hingga enam bulan benih udang galah akan membesar dan boleh diperoleh hasilnya,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings