the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi: Agong titah masjid, surau di Johor laksana solat hajat, doa selamat

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor untuk melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas beberapa gegaran berlaku di Segamat sejak kejadian pertama direkodkan pada 24 Ogos lepas.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan titah berkenan memohon perlindungan Allah SWT supaya sentiasa melindungi rakyat daripada sebarang musibah dan bencana susulan gegaran itu.

“Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan doa agar negeri Johor serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat dan dilindungi daripada sebarang malapetaka,” menurut hantaran itu.

Sebelum ini, empat gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5) dan 4.24 pagi semalam (3.4).

Terbaharu, gempa bumi lemah sekali lagi berlaku di Segamat berukuran 2.7 pada skala Richter pada 7.29 pagi ini – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings