the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Myanmar: SMART fokus selamatkan mangsa di rumah ibadat

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menumpukan usaha mengesan mangsa terperangkap di rumah-rumah ibadat yang terkesan dengan bencana gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pasukan itu pada ketika ini sedang diaktifkan di tiga lokasi di daerah itu, iaitu di Masjid Moe Gya, Masjid Nyoo Ma dan Nyat Private School dengan laporan penduduk tempatan menganggarkan 20 mangsa masih terperangkap.

“Pasukan MAS-01 menumpukan fasiliti kritikal, iaitu rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil selain sekolah dan hospital,” menurut kenyataan itu.

Hari ini merupakan hari kedua pasukan itu diatur gerak bagi menjalankan misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di negara berkenaan, selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw tengah hari semalam waktu Myanmar.

Pasukan dengan kekuatan 50 anggota itu kemudian menempuh perjalanan darat sejauh 270 kilometer yang mengambil masa 24 jam dengan melalui 10 checkpoint keselamatan sebelum tiba di daerah Sagaing pada 4 pagi tadi waktu Myanmar dan mendirikan Pusat Operasi (BoO) di Sagaing Anniversary Football Pitch.

Kenyataan berkenaan memaklumkan operasi SMART di negara itu berhadapan dengan isu keselamatan antaranya terdapat laporan kawasan bergolak yang masih dibom oleh tentera Myanmar dan risiko periuk api yang masih terdapat di sekitar Sagaing terutama di kuil-kuil.

“Gegaran susulan (aftershock) masih kerap berlaku dengan magnitud antara 3 hingga 5.1, memberi risiko runtuhan susulan bangunan yang tidak stabil, berisiko membahayakan Pasukan MAS-01,” menurut kenyataan itu.

NADMA memaklumkan pasukan SMART juga berhadapan isu logistik, seperti bekalan petrol untuk kenderaan dan peralatan seperti genset, namun Malawakil telah membantu mengenal pasti stesen pam yang boleh membekalkannya untuk pasukan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ramalan cuaca panas dengan suhu antara 38 hingga 41 darjah Celsius menyukarkan kerja misi bantuan kemanusiaan dan operasi SAR terutama pada waktu tengah hari.

“Tempoh bencana telah melepasi tempoh kritikal 72 jam. Berdasarkan runtuhan dan cuaca persekitaran, peratusan untuk mencari dan menyelamat mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan semakin menurun.

“Kekurangan bekalan asas bagi mangsa yang terselamat, meningkatkan faktor keterancaman mangsa bencana di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand dengan jumlah korban di Myanmar mencecah hampir 3,000 orang serta ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings