the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hakim Besar Malaya bersara, tekankan layanan sama rata untuk hakim wanita

Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim bersara wajib, menegaskan hakim wanita dinilai berdasarkan prestasi dan mendapat layanan sama rata.

PUTRAJAYA: Hakim wanita tidak pernah mendapat layanan istimewa atau dipandang berbeza berbanding hakim lelaki dalam sistem kehakiman Malaysia.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim menegaskan penilaian terhadap hakim wanita dibuat berdasarkan prestasi kerja mereka.

Beliau berkata peranan sebagai hakim memerlukan kerja keras, kejujuran dan integriti yang tinggi.

“Hakim wanita telah melakukan perubahan di Malaysia, malah badan kehakiman masih memerlukan banyak hakim wanita,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman.

Hasnah, 66, bersara wajib hari ini setelah berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya wanita ketiga di negara ini.

Beliau menganggap dirinya bertuah dapat berdiri bersama-sama Tan Sri Norma Yaakob dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

“Tan Sri Norma dan Tan Sri Zaharah, mereka wanita yang hebat. Saya tidak rasa dapat sampai ke tahap mereka, tetapi saya berbangga dapat berdiri bersama-sama mereka,” katanya.

Hasnah berkata beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Hakim Besar Malaya semasa muda.

Sebaliknya, beliau pada awalnya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pengiklanan sebelum memilih pengajian undang-undang.

“Saya juga tidak pernah menyangka menjadi hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, tidak pernah terfikir berada di dalam bilik ini (pejabat Hakim Besar Malaya), jadi saya amat berbesar hati (dengan pencapaian ini),” katanya.

Mengenai tempoh lapan minggu untuk hakim menyediakan alasan penghakiman, Hasnah berkata tiada perancangan untuk melanjutkannya.

Beliau menjelaskan tempoh tersebut telah berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus kes.

Hasnah yang menjadi hakim selama 15 tahun enam bulan berharap dapat terus menyumbang kepada badan kehakiman selepas bersara.

“Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Latihan Akademi Kehakiman, satu daripada pencapaian membanggakan ialah dapat melatih hakim. Bagi hakim dan peguam muda, ada banyak cabaran sebelum anda berjaya, tiada jalan pintas, anda mesti bekerja keras,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya hakim mengimbangi kehidupan kerja dan peribadi.

Hasnah berkongsi minatnya terhadap muzik, membaca, memasak dan menonton filem romantik komedi untuk merehatkan fikiran.

“Saya juga melayari TikTok, bukan untuk menonton drama, tetapi untuk melihat resipi masakan kerana saya begitu suka memasak,” katanya.

Beliau mahir memasak sambal tempoyak daun kayu, lemak cili padi dan juga masakan barat seperti pasta.

Pada majlis persaraannya, Hasnah bertemu dan bersalaman dengan petugas di lobi Istana Kehakiman.

“Saya sudah berada di bangunan ini sejak dibuka pada 2003, jadi sangat sedih, tetapi juga saya gembira dan lega kerana dapat melangkah ke lembaran baharu kehidupan,” katanya.

Beliau meninggalkan bangunan Istana Kehakiman pada 4.23 petang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories