the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hala tuju strategik dan reformasi institusi perkukuh keyakinan terhadap dasar negara

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Menteri Kewangan II yakin pengumuman hala tuju strategik dan reformasi institusi oleh Perdana Menteri perkukuh keyakinan industri, rakyat dan pelabur.

KUALA LUMPUR: Pengumuman hala tuju strategik dan reformasi institusi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah peluang untuk terus memperkukuh keyakinan industri, rakyat dan pelabur terhadap dasar negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata pengumuman itu adalah sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI khususnya dalam meningkatkan pendapatan negara secara mampan.

Beliau berkata ia memberi fokus terhadap meneguhkan tatakelola melalui perundangan dan menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap.

Ini termasuk adaptasi kecerdasan buatan dan pendigitalan bagi meringkaskan proses dan mengurangkan kerenah birokrasi.

“Seterusnya ia juga meningkatkan darjat rakyat dengan jaringan perlindungan sosial yang lebih baik seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan,” katanya kepada Bernama dan RTM.

Amir Hamzah turut menyebut pemerkasaan ekonomi yang inklusif terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan Bumiputera.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Amanat Tahun Baharu Anwar yang disampaikan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri.

Amir Hamzah yakin hala tuju baharu ini dapat dicapai hasil daripada kestabilan politik serta pendekatan ‘whole of nation’.

Pendekatan itu merujuk kepada kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, rakyat, pemain industri dan penjawat awam, serta semua pihak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings