the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara – Anwar

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap wartawan di Malaysia dapat terus bersemangat dalam memainkan peranan mereka memajukan negara selain melaporkan pahit getir yang dihadapi rakyat kini.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) hari Khamis (Mei 29), Perdana Menteri turut menekankan peranan kritikal wartawan dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat.

Beliau berkata peranan itu termasuk tugas mendukung dan menegur dalam usaha membangunkan negeri dan negara.

“Saya ucapkan selamat kepada wartawan yang memikul tugas luar biasa. Mereka memainkan peranan kritikal dalam melaporkan pahit getir rakyat,“ katanya dalam sidang media selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Harapan Sabah di sini malam Khamis.

Anwar turut mengiktiraf pengorbanan dan keperitan yang dilalui wartawan dalam memenuhi komitmen profesion mereka sambil menggesa agar para wartawan terus bekerja dengan penuh semangat.

HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun dan untuk 2025, Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan perasmian oleh Perdana Menteri.

HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana akan menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei dan majlis prapelancaran bersama rakan strategik di Wisma Bernama pada 3 Jun serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings