the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hukuman terhadap pengasuh Indonesia sembunyi kelahiran ditangguh

KANGAR: Hukuman terhadap seorang pengasuh warga Indonesia Yuni Widya Sari, yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, ditangguhkan ke 22 Mac ini.

Majistret Nur Shahida Abd Rahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan laporan bedah siasat dilengkapkan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh yang berumur 28 tahun itu.

Sebelum ini, pengasuh berasal dari Medan, Indonesia itu mengaku bersalah pada 11 Jan lepas atas tuduhan menyembunyikan kelahiran pada Disember 2023.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didapati menyembunyikan kelahiran dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara di sini pada 6.30 pagi, 21 Dis tahun lepas.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings