the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Indeks Inovasi Malaysia dilancar November ini

MOSTI akan lancar Indeks Inovasi Malaysia bulan depan untuk perkukuh ekosistem inovasi dan tingkat kedudukan negara dalam ranking global.

KUALA LUMPUR: Indeks Inovasi Malaysia (MII) yang dirangka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijangka akan dilancarkan pada bulan November ini.

Platform ini bertujuan memperkukuh ekosistem inovasi negara secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pelaksanaan MII akan membolehkan kerajaan menilai profil ekosistem inovasi setiap negeri.

“Inisiatif ini akan memberi ruang kepada kerajaan negeri dan MOSTI untuk mengenal pasti intervensi yang bersesuaian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai langkah memperbaiki kedudukan inovasi negara.

Mohammad Yusof berkata MII akan digunakan sebagai mekanisme penanda aras bagi membandingkan ekosistem inovasi antara negeri.

Ia juga akan menilai keberkesanan dasar serta menarik pelaburan baharu.

Laporan MII akan diterbitkan secara dwitahunan bagi menilai perubahan dan kemajuan ekosistem inovasi di setiap negeri.

Menjawab soalan tambahan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas), Mohammad Yusof menjelaskan metrik MII dinilai melalui dua dimensi utama.

“Pertama ialah subindeks input yang menilai pemboleh daya inovasi seperti kesediaan modal insan dan penyelidikan,” katanya.

“Dimensi kedua ialah kecanggihan penilaian dengan mengukur penglibatan sektor swasta dalam R&D serta pembiayaan.”

Subindeks output pula menilai hasil daripada pelaburan, termasuk prestasi pengetahuan dan teknologi berdasarkan permohonan paten.

Rangka penilaian MII dibangunkan sebagai pelengkap kepada Indeks Inovasi Global (GII).

Melalui pelaksanaannya, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam GII.

Sasaran kerajaan adalah untuk berada dalam kelompok 20 negara terbaik dunia dalam ranking inovasi global. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings