the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

IPO Malaysia dijangka capai 60 penyenarai pada 2025, kata Amir Hamzah

Pasaran IPO Malaysia kukuh, dijangka catat 60 penyenarai tahun ini dengan modal pasaran hampir RM30 bilion, kata Menteri Kewangan II

KUALA LUMPUR: Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia menunjukkan prestasi kukuh tahun ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat.

Jumlah itu diunjur melebihi 55 IPO yang dicatatkan pada tahun lepas.

“Melalui 60 penyenaraian ini, kita akan menerima modal pasaran berjumlah hampir RM30 bilion yang diraih di Bursa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyenaraian Orkim Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Mengenai sasaran tahun depan, Amir Hamzah berkata kerajaan menyarankan Bursa Malaysia memberi tumpuan kepada “skala penyenaraian”.

Fokus itu bukan semata-mata pada jumlah syarikat yang disenaraikan.

“Kami sedang berbincang dengan Bursa Malaysia untuk menetapkan sasaran bukan sahaja berdasarkan jumlah, tetapi juga saiz atau kepentingan pemain dalam pasaran,” katanya.

Syarikat pengangkutan marin Orkim mula disenaraikan di Pasaran Utama pada harga 92 sen.

Harga itu tidak berubah daripada harga IPO 92 sen, dengan 5.40 juta saham diniagakan.

Amir Hamzah berkata penyenaraian Orkim menandakan IPO ke-58 tahun ini.

Ia menunjukkan keyakinan kukuh pelabur serta wujudnya peluang bagi syarikat yang bersedia untuk memanfaatkan ketelusan, tadbir urus dan pertumbuhan mampan.

Katanya kerajaan sentiasa berusaha merancakkan ekonomi dan menyokong syarikat berpotensi besar di Malaysia.

Beliau memetik agenda GEAR-uP yang bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat penengah.

“Kita berharap di bawah agenda yang kita ada ini akan menyaksikan lebih banyak syarikat penengah terus berkembang dalam model ini,” katanya.

Pengerusi Orkim Datuk Abdul Hamid Sh Mohamed mengulas harga saham syarikat yang mendatar ketika mula disenaraikan.

“Apakah yang lebih penting adalah pelabur melihat daripada perspektif jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata syarikat mempunyai dasar dividen yang agak baik iaitu 50 hingga 70 peratus.

“Melangkah ke beberapa tahun akan datang, hasil dividen diharapkan baik selaras dengan pertumbuhan syarikat,” katanya.

Orkim berjaya mengumpul sebanyak RM92 juta hasil IPO.

Sebahagiannya akan membiayai rancangan pengembangan kumpulan kenderaannya serta keperluan modal kerja.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Ekuinas dalam kenyataan bersama berkata Ekuinas dijangka menerima nilai kasar sebanyak RM828 juta.

Hasil itu adalah daripada IPO dan pemindahan saham daripada PNB.

“Sejumlah RM350 juta akan diagihkan sebagai dividen kepada PNB yang akan memanfaatkan pemegang unit amanah,” menurut kenyataan itu.

Ekuinas akan menggunakan semula modal tertahan untuk pelaburan baharu dalam syarikat pasaran pertengahan bumiputera.

Ia bagi memastikan kitaran semula modal dan pertumbuhan perusahaan yang berterusan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories