the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak tujuh tahun lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Bintulu

BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru di sini semalam ditemukan lemas malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai Ricky Peter Bandang berusia tujuh tahun.

“Sebaik sahaja menerima panggilan pada 8.45 malam, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya terletak sejauh enam kilometer.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,“ menurut kenyataan itu.

Pasukan operasi bertindak menggunakan teknik pencarian di permukaan dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 10.07 malam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings