the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua beradik ditahan polis Kelantan guna senjata api buat sendiri kutip hutang along

Polis Kelantan tahan dua beradik lelaki, rampas senjata api buat sendiri dipercayai untuk kutip hutang along dengan hasil kutipan mencecah RM200,000.

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan dua beradik lelaki dan merampas beberapa senjata api buatan sendiri dipercayai digunakan untuk mengutip hutang along.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan di sebuah rumah di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok dilakukan berdasarkan maklumat risikan.

Dua lelaki berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam.

ALSO READ: Polis Kelantan buka semula lebih 100 kes along untuk siasatan

Pemeriksaan menemui satu laras senapang buatan sendiri, dua pucuk pistol buatan sendiri, dua pucuk pistol tiruan, dua kelopak peluru, satu sarung pistol serta 27 biji ‘caliber powder ramset’.

Turut dirampas ialah sebuah motosikal dan tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan kutipan hutang itu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengambil upah sebagai pengutip hutang bagi beberapa sindiket ‘along’ di Kelantan,” kata Mohd Yusoff.

Beliau berkata mereka menggunakan senjata api dan pistol tiruan bagi menakut-nakutkan mangsa penghutang.

Polis setakat ini menerima sekurang-kurangnya lima pengakuan awal membabitkan lima kes kutipan hutang along.

Anggaran hasil kutipan kegiatan itu mencecah RM200,000 sejak Oktober 2025.

Kegiatan itu lebih tertumpu di daerah Bachok dan suspek akan menerima upah daripada mana-mana along yang mendapatkan khidmat mereka.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah serta narkotik.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang besi itu direman selama empat hari bermula hari ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk menjejaki seorang wanita dipercayai dalang utama sindiket rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta.

Individu terbabit dipercayai berada di negara jiran, Thailand.

Polis meminta kerjasama rakan sejawatan di negara berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan polis memburu seorang wanita dikenali sebagai ‘Luna’ berusia lingkungan 30-an yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Flyer King Repositions Its Brand for 2026, Launches New Slogan

Flyer King enters 2026 with a new slogan, signaling its transformation from street-level flyer distribution to a comprehensive marketing partner specializing in brand events, cross-platform promotion, and long-term visibility strategies.

Kryston Catering launches Year of the Golden Horse collection for seamless reunion celebrations

Celebrate the Year of the Golden Horse with Kryston Catering’s 2026 menus, from Deluxe Auspicious Treasure Pots for families to Dynasty Buffets for corporate events, designed for effortless, memorable reunion celebrations.

MCMC seeks meeting with X over Grok suspension in Malaysia

Malaysia's communications regulator contacts X to arrange a meeting next week regarding the temporary suspension of the AI tool Grok for misuse in generating explicit content.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories