the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian komunikasi teliti semula pakej p-hailing Rahmah untuk rider

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sedang meneliti keperluan untuk memperkenalkan semula pakej internet p-hailing Rahmah yang pernah ditawarkan kepada pemandu dan penunggang e-hailing pada awal tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berbincang dengan penyedia platform e-hailing bagi mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pakej tersebut.

“Tahun lalu kita ada lancarkan pelan p-hailing Rahmah, tujuannya untuk bantu penunggang (rider) ini dapatkan pakej lebih murah dan saya lihat ada yang manfaatkannya namun pada masa sama mungkin kawan-kawan (pengguna) boleh bantu juga beri maklum balas, untuk kita lebih faham bagaimana kita boleh tambah baik,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis FoodPanda Durian Runtuh 2.0 di KL Gateway Mall hari ini.

Pakej p-hailing Rahmah sebelum ini ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan data sekurang-kurangnya 40GB hasil kerjasama syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile), dan YTL Communications (Yes 5G) bersama 16 platform e-hailing termasuk FoodPanda, Grab, dan Shopee.

Fahmi berharap pakej baharu yang lebih baik dapat diperkenalkan semula bagi membantu golongan rider mendapatkan perkhidmatan internet berkualiti pada harga berpatutan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings