Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes demam denggi di Melaka turun 52% dengan bantuan aktif Rukun Tetangga

MELAKA: Sebanyak 800 kes demam denggi direkodkan di negeri ini dari 1 Januari hingga semalam iaitu penurunan sebanyak 52% berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 2,200 kes.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Datuk Ngwe Hee Sem berkata peranan aktif dimainkan oleh hampir semua kepimpinan komuniti Rukun Tetangga khususnya dari aspek kesejahteraan rakyat menyumbang kepada penurunan itu.

“Penurunan kes demam denggi dicapai juga hasil kerjasama erat komuniti RT dengan Jabatan Kesihatan negeri menerusi pelbagai program membasmi pembiakan nyamuk Aedes termasuk menggerakkan program gotong-royong dan kempen kesedaran di kawasan masing-masing,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas RT Peringkat Negeri Melaka 2025 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Zulkifli Hashim dan Pengarah JPNIN Melaka Intan Suhana Yusoff.

Ngwe berkata selain aspek kesihatan, kepimpinan komuniti RT turut memainkan peranan penting memastikan kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum sama ada di kampung atau taman.

Beliau berkata setiap penganjuran program atau aktiviti yang dilaksanakan juga perlu mengambil kira impaknya kepada masyarakat setempat selain memastikan penglibatan semua penduduk pelbagai peringkat umur dan latar belakang di kawasan RT terlibat.

“Bukan mudah untuk menggerakkan sesuatu aktiviti atau program lebih-lebih lagi memastikan ia mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat, namun usaha berkenaan dapat digerakkan dengan baik oleh semua RT di Melaka.

“Justeru itu, saya mewakili kerajaan negeri amat menghargai jentera perpaduan di bawah JPNIN seperti KRT dan Skim Rondaan Sukarela yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan, keharmonian dan keselamatan masyarakat di peringkat akar umbi,“ katanya.

Terdahulu, sempena program itu, beliau menyampaikan empat kategori anugerah RT iaitu Anugerah Emas RT, Anugerah Sahabat Digital, Anugerah RT Berdaya Maju dan Anugerah Khas Pemimpin. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Toyota Tacoma H2-Overlander Concept turns water into adventure

Toyota took centre stage at this year’s SEMA Show with a concept that pushes off-road innovation into new territory — the Tacoma H2-Overlander, a hydrogen-powered pickup designed not only to drive emissions-free but to literally make and reuse water as it goes. The concept sits under Toyota’s “Powered by Possibility” theme, a showcase of experimental builds aimed at demonstrating how future vehicles could combine clean energy with real-world versatility. At its core, the Tacoma H2-Overlander begins life as a standard Tacoma pickup, but instead of the usual petrol engine, it’s fitted with the second-generation hydrogen fuel cell system lifted from the Toyota Mirai sedan.
spot_img

Popular Categories